WHO SUPPOSE TO READ THIS
Retailer ,KDNHEP,Goverment ,Public ,minister and who ever want to share infomation about petroleum industries.

Sunday, October 28, 2007

10, 000 Atendan Haram

10,000 atendan haram

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pekerja asing bekerja secara haram di stesen minyak di seluruh negara dengan 50 peratus daripadanya menyalahgunakan permit kerja di sektor lain, termasuk perladangan, pembinaan dan perkilangan. Perkara itu didedahkan sendiri Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Wahid Bidin, yang mendakwa pengusaha stesen minyak terpaksa mengambil pekerja asing berikutan kesukaran mendapatkan tenaga kerja tempatan.
Walaupun sistem layan diri diperkenalkan pada 1995 untuk memastikan stesen minyak tidak lagi menggunakan pekerja asing menjelang 2000, masa operasi panjang dan persaingan dalam perniagaan itu memaksa pengusaha mengambil semula rakyat asing,katanya.Beliau berkata, sesetengah pengusaha stesen minyak menggaji sehingga 15 pekerja asing yang diberi pelbagai tugas, termasuk sebagai atendan pam dan petugas kaunter untuk menarik pelanggan.
Persaingan tidak sihat begini menyebabkan pengusaha lain mula menggaji tenaga kerja asing, malah memilih jalan mudah dengan mengambil pekerja tanpa permit. “Ketika ini hampir 15,000 pekerja asing bekerja di stesen minyak di seluruh negara, sedangkan Jabatan Imigresen hanya meluluskan kira-kira 3,500 permit... itu pun untuk pengambilan pekerja am bagi kerja pencucian,katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Wahid berkata, kira-kira 80 peratus pekerja asing itu di dominasi warga Bangladesh dan selebihnya rakyat Myanmar dan Indonesia dengan menerima gaji sekitar RM850 hingga RM1,000 sebulan. Malah, katanya, ada pengusaha sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi mendapatkan seorang pekerja asing daripada ejen kerana terdesak memerlukan pekerja. “Stesen minyak memerlukan sekitar 10 hingga 20 pekerja untuk memastikan operasi stesen minyak berjalan lancar,katanya. Wahid berkata, PDAM sedia melaksanakan semula sistem layan diri bagi menangani kebanjiran pekerja asing, tetapi kerajaan mesti bertegas menguatkuasakannya untuk memastikan semua pengusaha mematuhi sistem itu.

Bila seorang pengusaha ambil pekerja asing dan letak di pam atau kaunter pembayaran, yang lain terpaksa ikut atas faktor perniagaan, katanya. Ketika ini, ada 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40 peratus daripadanya terletak di bandar besar serta beroperasi 24 jam. Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, berkata pengusaha stesen minyak hanya dibenar mengambil pekerja asing dengan tugas dihadkan untuk kerja pencucian. Beliau berkata, pengusaha yang melanggar syarat permit itu boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).
Kita akan membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan permit pekerja asing,katanya. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, pula berkata stesen minyak adalah antara lokasi yang akan diperiksa kementerian dalam gerak gempur besar-besaran ke atas lebih 125,000 majikan pekerja asing di seluruh negara, mulai 1 November ini.Kita akan mengambil tindakan tegas kerana menggaji pekerja asing tanpa permit serta menyalahgunakan permit sektor lain menyalahi undang-undang,katanya.
Berita Harian - 29/10/07

2 comments:

Anonymous said...

boss maner tak bengang MMP kene dapat 100% kalau tak woning letter dah lak tu macam macam surat bodoh nak kene sain macam kiter nie dah benkrap aper..
dah lak macam tu diorang pulak nak letak berapa orang kat pam macam bapak diorang yang bayar gaji..tu

Tokey bengang..KEDAH

Anonymous said...

OK lah Mejor gua respek sama lu mula mula gua marah juga tapi lepas tu gua realise ada betul jugak sekali sekali kene kejut jugak sikit makarip2 yang terikut dengan telatah syarikat minyak nie tek sedor sedor yang SELF SERVICE ini dah lame ade.. ini tidak asik nk score MMP 100% agak agak biler goment nak kuat kuasa SELF SEV nie aku sokong 100 %

LOCAL PAM ATTANDANT

Powered By Blogger