WHO SUPPOSE TO READ THIS
Retailer ,KDNHEP,Goverment ,Public ,minister and who ever want to share infomation about petroleum industries.

Monday, November 5, 2007

Tugas tugas pekerja asing

Pekerja asing tukang cuci stesen minyak

PUTRAJAYA: Kira-kira 3,500 pekerja asing yang diberikan permit 'pekerja am' untuk bekerja di stesen minyak hanya dibenarkan bertugas sebagai tukang cuci, bukannya atendan pam atau juruwang, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Sehubungan itu, katanya, pengusaha stesen minyak yang mengarahkan pekerja asing berkenaan melakukan tugas lain melakukan kesalahan menyalahguna permit dan boleh dikenakan tindakan. "Mereka bekerja di stesen minyak sebagai tukang cuci, mereka tak boleh kerja sebagai atendan pam,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Beliau mengulas kekeliruan berhubung permit 'pekerja am' yang diberikan kepada pekerja asing untuk bertugas di stesen pam berikutan operasi besar-besaran Jabatan Imigresen memeriksa status pekerja asing terbabit sejak Isnin lalu. Operasi itu dilancarkan berikutan laporan muka depan Berita Harian, Isnin lalu, berikutan pendedahan Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Wahid Bidin, lebih 10,000 pekerja asing bekerja secara haram di stesen minyak di seluruh negara. Wahid mendakwa sesetengah pengusaha stesen minyak menggaji sehingga 15 pekerja asing yang diberi pelbagai tugas, termasuk atendan pam dan juruwang.

No comments:

Powered By Blogger