WHO SUPPOSE TO READ THIS
Retailer ,KDNHEP,Goverment ,Public ,minister and who ever want to share infomation about petroleum industries.

Tuesday, October 9, 2007

Additional BG

Nama Stesyen : Tarikh :
Alamat :


Y. Brs. Encik Mohd Zain Bin Mohd Dom
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Aras 11, Lot 2G3 Presint 2 Komplek Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya

Tuan,

TAMBAHAN JAMINAN BANK – MEMBEBANKAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK

Dengan hormatnya perkara tersebut diatas dirujuk.

Adalah dimaklumkan baru – baru ini pihak Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. telah meminta saya menambah ‘Jaminan Bank’ daripada RM__________ kepada RM_________ dan diberi tempoh selama 30 hari untuk membayarnya.

Untuk pengetahuan Tuan semenjak kenaikan komisen yang lalu iaitu pada 28hb Febuari 2006, berikut adalah tambahan modal yang saya laburkan di stesyen saya.

a) Kenaikan harga minyak (petrol dari RM1.62 ke RM1.92 dan diesel dari RM1.00 ke RM 1.81 seliter) – Tambahan modal RM___________
b) Kenaikan Yuran Lesen Operasi (OLF) pada 1hb Jan 2007 RM__________ sebulan
c) Mulai Ogos 2007, kad kredit Visa telah dipindahkan dari Maybank kepada Citibank (ini telah mengakibatkan kelewatan bayaran sehingga 5 hari) – Tambahan modal RM___________
d) Fuel loading (tangki sentiasa penuh) – Tambahan modal RM _____________

Pada keseluruhanya , tambahan modal dari Febuari 2006 yang telah dilaburkan dalam peniagaan saya ialah RM____________.

Tambahan Jaminan Bank terbaru ini ialah sebanyak RM____________ amatlah membebankan saya. Sepatutnya pihak Shell tidak patut berbuat demikian kerana :

a) Surat KPDN & HEP Ruj : KPDN (DN) R5/8 jld. 10 bertarikh 22hb mac 2006 jelas memberitahu syarikat minyak tidak boleh mengenakan sebarang caj tambahan kepada pengusaha stesyen minyak tanpa kelulusan kerajaan. Jelas Shell (M) Trading Sdn. Bhd. membelakangkan arahan Kerajaan.
b) Saya telah beroperasi sebagai pengusaha stesyen minyak Shell selama _____ tahun dan tidak pernah menghadapi apa-apa masalah pembayaran kepada pihak Shell.

Saya berpendapat tindakan Shell terhadap pengusaha untuk menambah ‘Jaminan Bank’ adalah tidak perlu dan tidak perihatin. Ini adalah kerana ia hanya akan menambahkan implikasi beban kewangan pengusaha. Saya sangat berharap Tuan dapat mengarahkan Shell agar tidak menuntut ‘Jaminan Bank’ tambahan daripada pengusaha. Pertolongan Tuan sangat saya perlukan agar saya tidak mengalami masalah aliran tunai perniagaan saya.

Sekian. Terima kasih


……………………………
Nama :
Chop Syarikat :

press here to print

No comments:

Powered By Blogger