WHO SUPPOSE TO READ THIS
Retailer ,KDNHEP,Goverment ,Public ,minister and who ever want to share infomation about petroleum industries.

Monday, November 5, 2007

PDAM dan isu atendan pam

PDAM mahu atasi isu atendan pam
Oleh Nurhayati Abllah
Imigresen akan diminta perjelas status pekerja asing KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, hari ini bagi menyelesaikan masalah pekerja asing yang diambil bekerja sebagai atendan pam di stesen minyak di negara ini. Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Wahid Bidin, berkata ahli persatuan akan mengadakan perbincangan bersama Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi kebanyakan pengusaha stesen minyak.
"Dalam mesyuarat itu, kami cuba mendapatkan penjelasan sebenar berhubung status pekerja asing yang dibenarkan bekerja di stesen minyak. "Kerajaan hanya mengeluarkan permit bagi pekerja asing untuk bekerja sebagai tukang cuci, tetapi pada masa sama kami juga memerlukan khidmat mereka sebagai atendan pam. "Kami tidak mahu permit yang dikeluarkan hanya untuk tugas tertentu, jika demikian, kami tidak perlu mengambil pekerja asing," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Perjumpaan itu diadakan berikutan laporan akhbar berhubung kira-kira 3,500 pekerja asing yang diberikan permit 'pekerja am' untuk bekerja di stesen minyak hanya dibenarkan bertugas sebagai tukang cuci, bukannya atendan pam juruwang. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, pengusaha stesen minyak yang mengarahkan pekerja asing berkenaan melakukan tugas lain melakukan kesalahan menyalahguna permit dan boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun Wahid berkata, masalah pertukaran tugas di kalangan pekerja asing sehingga tenaga mereka juga digunakan sebagai atendan pam adalah berikutan desakan syarikat pengeluar minyak. "Pengusaha stesen minyak terpaksa melipatgandakan usaha termasuk menggunakan tenaga pekerja yang lebih bagi memuaskan hati pengeluar seterusnya mengejar gred terbaik di kalangan pengusaha minyak.
"Kami terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pengiktirafan seterusnya menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin," katanya yang tidak menolak ada di kalangan pengusaha stesen minyak menyembunyikan pekerja asing sementara waktu bagi mengelak dikenakan hukuman. Wahid berkata, stesen minyak yang mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik serta lain daripada lain akan mendapat pengiktirafan gred lebih baik. "Jadi kami berlumba-lumba mendapatkan serta menambah tenaga pekerja bagi memenuhi piawaian gred yang ditetapkan sehingga terpaksa menggunakan tenaga pekerja asing kerana ketiadaan pekerja tempatan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Bena belako kato Mejor tu weh deo wat lagu tu untuk menjadi pengajaran kat kito tu supayo jange mak wat pekagho yang menjadike oghea lain merano dok sebak kito nak keja gerid tu...

Powered By Blogger